CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Jan 20, 2011

Deby Pergi Camping

Esok  Deby kena g camping. Oh sangat tidak rela.

Oh, I am a weenie. Soo what?
Deby kena jadi fasi untuk satu group students nih. Hurm. Layak ke Deby jadi fasi ni? Dah la Deby memang sangat tak gemar masuk hutan.

Deby ni penakut. And sangat spoil. Tiap-tiap hari nak tido atas tilam empuk, batal nak kena ada dua bijik and kena tido ngan teddy bear Deby. Kalo tak, tak leh tido.

Deby nak mandi kat tempat mandi yang sepatutnya, yang ada shower head. Yang ada proper toilet. Urgh.

Deby paling tak suka night walk. Erm, Deby masih lagi tidak reti menghargai suasana hutan di waktu malam dimana haiwan-haiwan nocturnal akan keluar mencari makan. Oh sangat tidak rela.

Deby rasa pengalaman Deby paling teruk adalah ketika Deby pergi teambuilding universiti Deby buat. Kat satu camp di pantai timur. Itu la paling teruk. Yelah, masa Deby budak-budak dulu Deby selalu gak la dipaksa pergi camping. Tapi ye lah gak, kita budak-budak kan, so tak ada lah yang teruk-teruk sangat.

Tapi bila pergi camping time dah tua nie, lain betul rasanya. semua orang anggap kita ni dah adult, so dah tak penakut and ada daya ketahanan yang tinggi. They are soooo wrong!

Memang pengalaman yang paling tak best la. Kena buat water confidence, masuk hutan dalam gelap sorang-sorang, dan macam-macam lagi lah. Deby sangat tak suka! Tapi ada satu part je Deby suka, Deby dapat main flying fox. Itu je best. lain semua tak best.

So atas segala hujah-hujah diatas, Deby rasa Deby lah fasi yang paling tak layak kat dunia ni. Tapi, what to do? atas nama urusan kerja and tanggungjawab, terpaksa la Deby redah gak...

Haih. Dah lah harini Deby penat sangat. Dari kul 8 sampai kul 2 tadi Deby ada kelas, straight, non-stop, siap overlap lagi. 2 kelas Deby bertindih hari ni. Memang penat kena ulang alik. Diorang ni ingat Deby ni ley buat clone ke?

Penat, penat juga. Tapi Deby tetap tak boleh tido nih. Adakah ini disebabkan oleh penangan red bull yang Deby minum tadi?

Red bull lah formula Deby untuk tidak mengantuk ketika driving balik KL. (Rasanye Deby pernah cakap dulu). Dan memang terbukti berkesan (setakat ni).

Deby patut ada phone interview dengan supervisor dari Canterbury nih. Tapi tak dapat-dapat. Dia pon dah email macam bengang je tak dapat cakap ngan Deby. Nak buat macam mana, minggu ni jadual Deby pack sangat. Jangan dia give up taknak call Deby lagi, sudah.

Tapi kawan Deby ada cerita Canterbury tahun lepas kena gempa bumi, and baru-baru ni kena lagi sekali. Emm. Menakutkan la pulak kalo fikir balik.

Deby still  tak limit kepada 1 universiti. Deby tengah tengok universiti lain juga. Manchester, salah satunya. Supervisor tu pulak  dah tanya bila nak apply. Memang Deby nak apply pon, so don't worry ok. Tengah processing nih.

Okay, Deby perlu beradu. daa!

No comments: